BANTU MULA (FIRST AID)
PENGENALAN
Merupakan rawatan pertama yang diberikan oleh orang awam yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan prosedure bantu mula atau First Aid kepada mangsa sebelum ketibaan bantuan perubatan. Juga boleh dikenali dengan pelbagai nama seperti :i. First Aid
ii . Pertolongan Cemas
iii. Bantu Mula
OBJEKTIF
i. Menyelamatkan nyawa.ii. Mengelakkan mangsa cedera lebih serius.
iii. Mengurangkan kesakitan.
iv. Menguruskan pemindahan ke hospital.
APA ITU KECEMASAN???
Kecemasan ialah satu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa mangsa dan sekiranya tidak diberikan rawatan segera, kesakitan mangsa akan menjadi lebih serius, lebih mudarat dan juga boleh membawa kepada maut.Seorang penyelamat perlu mempunyai ciri-ciri tertentu seperti :
i. Bertanggungjawab
ii. Berjiwa cekal, waras dan tenang
iii. Mengamati prinsip-prinsip keselamatan diri
iv. Berpengetahuan dan berkeyakinan
v. Terlatih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan