PETI PERTOLONGAN CEMAS
Peti pertolongan
cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan
yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat
yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu
dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa
setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu
juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan
rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali
pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.
Antara senarai
peralatan asas yang perlu ada ialah:
1. Dresing steril
- beberapa saiz.
2. Plaster -
beberapa saiz.
3. Bendej tiga
segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain
kasa ( bendej penggulung )
5. Larutan Flavin
( Iodin)
6. Larutan atau
krim antiseptik
7. Gunting kecil
NAMA DAN FUNGSI UBAT DALAM PETI KECEMASAN
NAMA UBAT / ALAT
|
KEGUNAAN
|
1. Kain Pembalut
yang berlainan
|
-
Menolong menahan rawatan luka
-
Mengelak bahagian luka
daripada menjadi bengkak dan juga membantu membetulkan sendi yang terseliuh.
|
2. Kain tekap
yang berlainan saiz
|
-
Untuk menetapkan rawat
-
Kain tekap yang telah
disteril boleh diguna untuk merawat luka
|
3. Kapas
|
-
Untuk membersihkan luka
-
Digunakan sebagai “Pading”
untuk rawat luka untuk menyerap darah daripada luka.
|
4. Plaster /
Elastoplast
|
-
Untuk menutup rawat luka, sebagai
pengganti pembalut.
-
Untuk merawat luka-luka kecil
|
5. Gunting kecil
berkilat
|
-
Untuk menggunting pembalut,
plaster dan sebagainya
|
6. Pin Penyemat
|
-
Untuk menyemat pembalut
|
7. Termometer
Klinik
|
-
Untuk mengambil suhu badan
|
PERTOLONGAN CEMAS
Definisi:
Pertolongan
segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan
sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip
pertolongan cemas:
- Menyelamatakan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am
Pertolongan cemas:
-
Memberi pertolongan
kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
-
Keutamaan kepada mangsa
yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
-
Jangan sekali-kali
menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan
untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
-
memerhatikan pergerakan
pernafasan mangsa.
-
Membuat pengurusan bagi
menghantar mangsa ke hospital.
-
Tindakan serta merta
pertolongan cemas:
-
Menentukan pernafasan
mangsa berkeadaan baik.
-
Memberikan rawatan
renjatan dengan segera.
-
Cuba memberhentikan
darah jika mangsa berdarah.
-
Memberikan rawatan yang
rapi dan sempurna .
Arahan am untuk
memberi rawatan bantu mula:
-
Bertindak dengan cepat
dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation]
iaitu:
-
Keluarkan mangsa dari
kawasan yang merbahaya [D]
-
Pastikan mangsa
bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa
sedar. [R]
-
Pastikan mulut dan
hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan
mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
-
Pastikan mangsa bernafas
dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
-
Pastikan nadi mangsa
berfungsi - semak di nadi karotid atau
di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
TEKNIK-TEKNIK RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS
- Luka/Pendarahan
1.
Tekan kawasan yang
berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]
2.
Jika darah masih
mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan
yang luka
3.
Pastikan kawasan yang
cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan
teknik RICE.
4.
Tenangkan mangsa.
5.
Hantar mangsa dengan
segera ke hospital.
- Keracunan
Tanda-tanda:
-
maklumat dari mangsa
-
mangsa sakit dengan
tiba-tiba
-
kesan terbakar di
sekeliling mulut atau bibir
-
anak mata menguncup ke
saiz mata jarum peniti.
Rawatan:
1.
Larutkan racun dengan
memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda
sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa
muntah.
2.
Simpan bekas racun bagi
tujuan analisis.
3.
Segera hubungi hospital
4.
Jangan cuba meneutralkan
racun tersebut dengan cuka atau air limau
- Terkejut
Tanda-tanda:
-
badan berpeluh
-
pucat
-
rasa nak pengsan
-
resah
-
nafas kerap tapi tipis
-
kadar nadi bertambah
tapi lemah
Rawatan
- Baringkan mangsa
- Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
- Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
- Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
- Selimutkan jika suhu badan menurun
- Segera hantar ke hospital
- Terbakar
Klasifikasi
terbakar
1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja
a. Kemerah-merahan atau hilang warna
b. bengkak sedikit dan rasa sakit
c. cepat sembuh
2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung
saraf
a. merah
b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
d. kulit basah akibat lelehan plasma
yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.
3. Third Degree
a. kerosakan tisu lebih dalam
b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan
kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital
Rawatan
- Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
- tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
- baringkan mangsa
- jangan gerakkan bahagian yang terbakar
- beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
- hantar segera ke hospital
- Melecur
Rawatan
- sejukkan dengan air sejuk
- jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
- rawat seperti mangsa terbakar
- Kejutan Elektrik
- putuskan hubungan elektrik
- periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
- rawat bagi terbakar jika ada
- Terseliuh [dislocation]
-
Kecederaan di bahagian
sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak.
Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.
Rawatan: RICE
- Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
- Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
- Balut tempat yang cedera [Compression]
- Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
- Hantar ke hospital
- Ketegangan Otot
-
Kecederaan apada otot
akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang
berat. Tanda dan alamat - sakit yang
tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.
Rawatan: RICE
- Terkehel
-
Kecederaan di sendi yang
melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan
bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.
Rawatan:
1. Berikan rawatan renjatan.
2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
4. Balut dengan padding atau anduh di
tempat yang cedera.
5. Hantar segera ke hospital.